Sesuai untuk siapa?
- Gigi berserabut atau bertindih
- Ada jarak antara gigi
- Gigi depan jongang atau tidak sekata
- Remaja dan dewasa yang mahu gigi lebih lurus (kesesuaian disahkan selepas pemeriksaan)
Bagaimana prosesnya
- Pemeriksaan dan rekodKami memeriksa gigi dan gusi serta mengambil X-ray dan gambar untuk melihat bagaimana gigi dan rahang anda bertemu.
- Pelan rawatanDoktor gigi menerangkan pilihan, anggaran tempoh rawatan dan anggaran kos, serta menjawab soalan anda.
- PemasanganBracket dan wayar dipasang. Gigi mungkin terasa lenguh beberapa hari apabila mula bergerak.
- Pelarasan dan retainerAnda datang berkala untuk pelarasan braces. Selepas braces ditanggalkan, retainer membantu mengekalkan kedudukan gigi.
Apa yang boleh dijangka
- Lawatan pelarasan berkala, biasanya setiap beberapa minggu
- Penjagaan lebih teliti semasa memberus dan flos di sekeliling bracket
- Elakkan makanan keras atau melekit yang boleh merosakkan bracket
- Memakai retainer selepas braces sebagai sebahagian daripada rawatan
Sebelum dan selepas


Foto kes sebenar yang dirawat di klinik, dipaparkan tanpa mengenal pasti pesakit. Hasil berbeza bagi setiap orang dan bukan jaminan untuk hasil anda sendiri.
Berapa harga braces gigi di Bangi?
Kos braces bergantung kepada jenis braces, kerumitan susunan gigi dan tempoh rawatan. Selepas pemeriksaan, kami beri anggaran supaya anda boleh merancang sebelum membuat keputusan.
Soalan lazim
Adakah braces sakit?
Gigi dan gusi boleh terasa lenguh beberapa hari selepas pemasangan dan pelarasan. Ia biasanya reda, dan doktor gigi boleh mencadangkan cara untuk meredakannya.
Berapa lama rawatan braces?
Ia bergantung kepada gigi dan pelan rawatan. Ramai pesakit mengambil satu hingga dua tahun atau lebih. Doktor gigi boleh memberi anggaran selepas pemeriksaan.
Boleh orang dewasa pakai braces?
Boleh, jika gigi dan gusi cukup sihat. Doktor gigi akan menyemaknya pada lawatan pertama anda.
Maklumat di laman web ini bersifat umum dan bukan pengganti pemeriksaan pergigian. Kesesuaian rawatan, tempoh dan kos berbeza bagi setiap individu dan disahkan oleh doktor gigi anda selepas pemeriksaan.

